<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





geng reban ayam



rakan seperjuangan



reads








rss feed



Friday, September 14, 2007
...........

THIS BLOG IS OFFICIALLY CLOSED

malas lah nak tulis kat sini dah..

nak cari space baru gitu..

bertemu lagi di lain siaran..

love u all.. muah!


Posted at 1:29 pm by imabijak
gimme some hug  

Thursday, August 30, 2007
Happy Birthday Ima!!


Posted at 4:09 pm by imabijak
hugs (2)  

Tuesday, August 28, 2007
terperuk dalam rumah seharian

pagi tadi aku tido kat bilik tv. dalam mamai2 tu pon, aku sedar kereta aku berbunyi. dalam hati aku kata, 'takpelah..ise nak alihkan kete aku je kot..' tapi sangkaanku meleset. aku kalau ada benda yang tak sedap hati, memang benda tu betul2 berlaku. abang aku g kerja bawak kete aku. aku dah la nak g bank masukkan duit beli cupcakes untuk hari khamis nih, kete lak takde. berasap aje la aku. duff pon dah volunteer nak guna duit dia dulu. tak best ar orang lain lak belikan aku kek di waktu aku nak masuk suku abad neh. hehe.

dalam pukul 3 lebih abah balik rumah. abah kata tayar depan kanan tu dah guna tayar spare pon. aku macam 'aik? setahu aku ok je? yang tak betul sangat hari tu pon yang kiri.' malam tadi ise yang guna kete. dia anta sms kat aku lepas maghrib, tapi aku wat bodo aje. hik hik. dasar adik kedekut. lepas isyak aku tertidur kat bilik tv. kunci baby blue ada atas dresser aku. bila aku pindah masuk tidur kat bilik aku, dah lesap dah kuncinye. jadi memang besar kemungkinan ise yg buat tayar tu pancit sebab masa aku keluar semalam ok2 aje baby blue tu. stereng ada senget sket tu pon sebab masa tukar sport rim itu hari aku tak wat allignment.

moral of the story, janganlah marah tak tentu hala kalau ada orang tua guna barang kita. dia lebih tua. dia tau apa yang dia buat. kita yang muda ni, belajar daripada pengalaman. orang tua sentiasa tau apa yang terbaik untuk yang muda. sebab tu kita selalu rasa orang tua nih menjengkelkan kita, tapi sebenarnya dia nak bagi yang terbaik dalam hidup untuk kita :)

tadi berbuka makan lempeng. abah yang request. kat rumah tepung dah abis. abah lak malas nak g kedai. aku la yang temankan abah g kedai. sampai kat kedai aku la yang turun, sebab abah memang tanak turun. satu kedai aku pusing, baru jumpa tepung gandum. saje je tanak tanye orang kedainye. he he. balik dari kedai, beriye aku yang bancuh tepung, pastu sediakan kuali dan lain-lain yang perlu. dah siap sedia, aku dan mama pon memasak lah. lempeng pertama, tak jadi. lempengnye melekat kat kuali. mak aku dah keruk-keruk kuali tu, dengan harapan percubaan kedua menjadi. percubaan kedua, tak jadi jugak. terus mak aku buang kuali kecik tu. muahahaha. kena beli kuali baru la jawabnye nih. dah dapat dapur baru, kualinya pon nak baru jugak. nasibla. sudahnye lempeng hari ini buat guna kuali biasa sahaja. tengok la tahun bila pulak abah nak belikan mama kuali leper yang baru. hik hik.

nasreen, rajin tak aku tulis entry hari ni? hehehe.. sayang aku tak? mesti la sayang kan.. tiap hari sayaaaaang..


Posted at 9:23 pm by imabijak
hug (1)  

Floria @ Putrajaya

seronok deh jalan-jalan kat Floria tu. lagi la dalam keadaan yang lengang. cuma ada beberapa org pelawat dan segerombolan budak sekolah dari Melaka. wangi betul masuk kat dalam galeri bunga tu. dengan aircond yg super sejuk, rasa tanak keluar aje dari situ. semalam adalah sangat takde orang yang datang melawat sampai aku musykil sama ada tempat tu untuk lawatan atau tidak. banyak jugak yang dipamerkan. tangan aku pon ligat la snappy2. duff pon sibuk jugak nak sekaki. mamat tu dah la suka amik gamba senget2. mana seninye ntah. kurang gemar aku. ha ha.

jalan punye jalan, ada la sejam lebih jugak kitorang lepak kat situ. bukan takat dalam khemah je bunganya, kat tepi2 tasik pon ada. rasa macam duduk dalam secret garden gitu. pakcik RELA* pon macam dah risau bila aku ngan duff masuk kat ceruk2 bunga tu. ingat kami nak wat projek tak tentu hala ke pakcik? pakcik nak tgk dulu yer. kui kui.

seronok dapat jalan2 ngan duff. lagi la mamat tu belanje mkn k-ep-si kat alamanda lagik. hari yang priceless gitu :)

HAPPY 50th BIRTHDAY MALAYSIA!


Posted at 12:39 pm by imabijak
hugs (2)  

Monday, August 27, 2007
kisah aku dan ahli rebanayam

Sabtu

aku g KLIA* nak lambai2 tangan pada Kyora. Kyora nak balik ontolia sudah. aku tak sempat nak jumpa dia lebih awal. tu yang nekad sangat nak g KLIA* jugak tu. dapat juga jumpa ngan Kyora yang comel itu. org lain yg nak naik kapal terbang, aku yang dah sampai dulu. semangat tuh aku. taggers lain yang turut sama memeriahkan KLIA* adalah CikYam dan Delinn. lama jugak aku tak jumpa diorang face2face. last time pon masa wedding Angah la ek. katak bawah tempurung betul aku ni sejak duduk rumah. nasib badan. jumpa lagi ye Kyora. next time g KLIA pon nak anta Delinn lak ke UK. syoknye sambung blaja. belajar dan tekun berusaha mencapai cita-cita..

Ahad

gath@wak lemon
 
tu dia. ke soto wak lemon kita. alangz pernah call aku pada suatu maghrib yang indah dan bertanyakan direksi ke kedai wak lemon. aku tak tau ceman nak g situ. aku pernah g pon ngan mama. tu pon sekali aje. mana la aku ingat. tapi sekarang aku sudah tau. masuk kat simpang TokMuda tu. trafik light terus lagi. pastu belok kanan masuk kat JalanMasjid. terus aje. ikut la segala kona2 yang harus dilalui. di hujung jalan tu, terdapat sebuah gerai stail kampung. itulah kedai soto wak lemon. geng KL kata nak datang pkol 9. adeh. paginye untuk hari ahad. aku sudah janjian sama itu 'uncle burung' kata nk tunggu kat simpang sg. serdang. udahnye aku g umah kakFara dulu. lepak 2-3 minit layan spongebob sekejap, pastu kami gerak ke WL.
 
sampai kat WL, geng KL sudah sampai. waknye kata pkol 11 baru siap sotonye. aku dah panas geger dah menunggu. la la la. ada Alangz, Delinn, CikYam dan Nini. aku konvoi lite2 ngan kakFara sekeluarga. rindu aku nak jumpa diorang ni live. buat kesekian kalinye aku nih senyap jugak kalau jumpa diorang. aku sendiri tak faham. macam termute gitu kalau aku jumpa diorang. aku ni ada sound problem kah? aku pon tak tau. hu hu. perjumpaan ni diiktiraf sebagai gathering sebab aku turun padang. muahahaha. silalah ke picasaweb ku untuk beberapa gambar yang ada
 
adeh.. dah tak reti la nak tulis blog.. dah lama sangat tak menulis.. next time nak tulis pasal konvo aku.. konvo aku best tau.. walaupun dapat album utm tu from TanSri je.. la la la..

Posted at 11:05 am by imabijak
hugs (5)  

Next Page