|
pagi tadi aku tido kat bilik tv. dalam mamai2 tu pon, aku sedar kereta aku berbunyi. dalam hati aku kata, 'takpelah..ise nak alihkan kete aku je kot..' tapi sangkaanku meleset. aku kalau ada benda yang tak sedap hati, memang benda tu betul2 berlaku. abang aku g kerja bawak kete aku. aku dah la nak g bank masukkan duit beli cupcakes untuk hari khamis nih, kete lak takde. berasap aje la aku. duff pon dah volunteer nak guna duit dia dulu. tak best ar orang lain lak belikan aku kek di waktu aku nak masuk suku abad neh. hehe. dalam pukul 3 lebih abah balik rumah. abah kata tayar depan kanan tu dah guna tayar spare pon. aku macam 'aik? setahu aku ok je? yang tak betul sangat hari tu pon yang kiri.' malam tadi ise yang guna kete. dia anta sms kat aku lepas maghrib, tapi aku wat bodo aje. hik hik. dasar adik kedekut. lepas isyak aku tertidur kat bilik tv. kunci baby blue ada atas dresser aku. bila aku pindah masuk tidur kat bilik aku, dah lesap dah kuncinye. jadi memang besar kemungkinan ise yg buat tayar tu pancit sebab masa aku keluar semalam ok2 aje baby blue tu. stereng ada senget sket tu pon sebab masa tukar sport rim itu hari aku tak wat allignment. moral of the story, janganlah marah tak tentu hala kalau ada orang tua guna barang kita. dia lebih tua. dia tau apa yang dia buat. kita yang muda ni, belajar daripada pengalaman. orang tua sentiasa tau apa yang terbaik untuk yang muda. sebab tu kita selalu rasa orang tua nih menjengkelkan kita, tapi sebenarnya dia nak bagi yang terbaik dalam hidup untuk kita :) tadi berbuka makan lempeng. abah yang request. kat rumah tepung dah abis. abah lak malas nak g kedai. aku la yang temankan abah g kedai. sampai kat kedai aku la yang turun, sebab abah memang tanak turun. satu kedai aku pusing, baru jumpa tepung gandum. saje je tanak tanye orang kedainye. he he. balik dari kedai, beriye aku yang bancuh tepung, pastu sediakan kuali dan lain-lain yang perlu. dah siap sedia, aku dan mama pon memasak lah. lempeng pertama, tak jadi. lempengnye melekat kat kuali. mak aku dah keruk-keruk kuali tu, dengan harapan percubaan kedua menjadi. percubaan kedua, tak jadi jugak. terus mak aku buang kuali kecik tu. muahahaha. kena beli kuali baru la jawabnye nih. dah dapat dapur baru, kualinya pon nak baru jugak. nasibla. sudahnye lempeng hari ini buat guna kuali biasa sahaja. tengok la tahun bila pulak abah nak belikan mama kuali leper yang baru. hik hik. nasreen, rajin tak aku tulis entry hari ni? hehehe.. sayang aku tak? mesti la sayang kan.. tiap hari sayaaaaang.. |
| Nasreen August 29, 2007 11:10 AM PDT wakaka terlebih rajin weih :P 2 entries dlm masa 1 day :P | ||
| Leave a Comment: |